Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Ramadhan telah berlalu, kini Aidilfitri menjelang. Baju raya sudah di beli dan sudah siap di ironkan. Hari ini persiapan hari raya cukup meletihkan tubuh. Kemas rumah, pasang lampu 'kelip-kelip' (arahan dari ibuku.. huhu), susun atur perabut yang baru dan lama, tolong kakak buat persiapan masakan untuk pagi esok (nasi minyak dan lontong). wah tak sabar saya nak merasainya.Walaupun neketihkan kerja-kerja begini, Tapi saya yakin, hikmahnya akan dirasai.

Hampir 19 tahun saya menyambut Aidilfitri, namun saya merasakaan raya ini penuh bermakna pada diri sendiri. Selain raya dengan assignment yang berlambak, aktiviti jemputan cukup penuh, Raya pertama kat rumah ibu di pasir puteh, Raya kedua, ada 3 invitation dari 3 orang sahabat untuk kerumahnya. hari raya ketiga, majlis ijtima' aidil fitri AMAL dan majlis akad nikah sepupuku(invite untuk menjadi photographer ), majlis kesyukuran sahabat karib Muizzudddin. penim nak pergi yang mana satu. emm

Ketika inilah ilmu fiqh aulawiyat perlu diamalkan. InsyaAllah akan dicuba untuk memenuhi segala permintaa. sekiranya tidak di izin kan Allah. Saya mohon Maaf..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kullu ‘aam wa antum bi alf al-Khair
Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een.



Hari Raya... 1432H


" Selamat Hari Raya Ma, wea mintak ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan wea pada ma!!"
" Halalkan segala makan minum wea, doakan kejayaan wea."
" Ma dah maafkan wea, Ma dah halalkan semua,"

Hampir setiap tahun ucapan ni diucapkan pada pagi raya. sesungguhnya untuk menjadi seorang anak yang soleh bukan semudah dibicara. perhatian yang penuh perlu dutamakan kepada ibu. Lebih-lebih lagi saya seorang anak tunggal lelaki dalam keluarga ini. Pemergian ayah tersyang hampir 13 tahun dahulu metaklifkan pemimpin keluarga kepada saya. Saya sebagai wali dalam keluarga ini. Maafkan saya wahai Kakak-kakak dan ibu tersayang sekiranya saya tidak menjadi seorang anak dan adik yang soleh..


Ampunkan segala dosa dan kesalahan saya....

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan pasti di rindui

Subhanallah, masa berlalu dengan begitu cepat. Awal ramadhan terasa baru disambut semalam. rupanya esok sudah tiba hari raya. Hari ini, hari terakhir bersama Ramadhan. rasa sayu menyinggah di hati ni. macam-macam perasaan yang saya rasakan. Mahu gembira kerana esok menjelang hari raya. tapi terasa sedih Ramadhan sudah meninggalkan saya. Persoalan yang timbul di benak ini, adakah Allah menerima amalan saya pada bulan Ramadhan kali ini. Adakah segala keampunan yang saya mohon di bulan Ramadhan ini di ampunkan oleh Allah.

Aidil Fitri sebuah kemenangan

Aidilfitri dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai perayaan fitrah. Hari kita kembali kepada fitrah yang suci seorang manusia. Selama sebulan kita menjalani ibadah puasa yang memberi cabaran yang dasyat kepada nafsu kita. Selama sebulan pula kita berlapar dan dahaga di siang hari. Nafsu dikekang demi mencari redha Allah. Amalan sunat dikejar, terawih, sedekah, istigfar, zikir dan selawat menandakan hati penuh redha mencari rahmat dan keampunan dari Allah.

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi orang mukmin yang memanfaatkan bulan Ramadhan penuh dengan keimanan dan ketaqwaan. Maka hari raya disambut dengan meriah, menandakan hati gembira menyukuri anugerah Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.

Semua itu adalah untuk orang mukmin, bagaimana pula dengan kita sebagai seorang hamba? Adakah kita memanfaatkan ramadhan  kita ini seperti lagaknya seorang mukmin? Layakkah kita untuk bergembira pada hari raya ini seperti seorang mukmin?

Perkara yang mampu kita lakukan adalah berdoa kepada Allah agar dia dapat menerima segala amalan kita semasa bulan Ramadhan. Semoga Allah menganugerahkan pangkat mukmin kepada kita

Ramadhan pasti dirindui

Saya tidak dapat untuk menipu diri sendiri untuk tidak mengatakan bahawa pemergian ramadhan kali ini tidak saya ratapi dengan kesedihan. Kerana saya tidak dapat memanfaatkan semaksima mungkin amalan ibadat saya pada bulan Ramadhan. Sungguh banyak amalan yang terlepas untuk saya lakukan pada bulan yang mulia ini. Terlalu sibuk dengan assigment maktab dan kerja-kerja dunia, sehinggakan kurangnya bacaaan Al-Quran, kurangnya bilangan rakaat tarawih dan tahajud, kurangnya sedekah, kurangnya solat tasbih dan solat-solat sunat yang lain.. borang muhasabah ibadah ramadhan banyak kekosongan. Itu semua dek kealpaan diri saya kepada kerja-kerja dunia. Atagfirullah.

Ramadhan pasti saya rindui. Rindu kepada suasana ramadhan yang cukup indah. Tidak seperti bulan-bulan yang lain. Keindahan ramadhan yang cukup dirasai. Saya sangat berharap suasana yang dirasai ketika bulan Ramadhan juga dapat dirasai di bulan lain. jika tidak, saya pasti akan merindui Ramadhan.Saya berharap Allah memberikan peluang kepada saya untuk merasai ramahdan yang akan datang. Akan saya manfaatkan ramadhan akan datang sebaik mungkin, lebih baik dari ramadhan kali ini.

Malam ini merupakan malam terkahir ramadhan dan malam kepada hari raya. Esok akan menjelang hari raya. Oleh itu saya ingin berkongsi kepada anda tentang amalan-amalan sunat pada malam raya ini.

[AMALAN MALAM RAYA & PAGI RAYA]
MALAM
1. Mandi bila masuk Maghrib
2. Takbir raya
3. Isya’ berjemaah & berazam solat Subuh berjemaah
4. Ya Muhaimin 145X
5. Sayyidul Istighfar 3X
6. Astaghfirullah 999X (Kali ke 1000X baca astaghfirullahal azim… ilaih)
7. Subhaanallahi wal hamdulillahi.. wallahu akbar 100X
8. Qiyam / Nawafil termasuk solat sunat tasbih
9. La ilaha Illa ALLAH 1000X Kemudian baca Allahumma tsabbitna bil qaulits saabit 3X
10. Yaa Hayyu Ya qayyum La ilaha Illaa anta 40X
11. Ya hayyu ya Qayyum, Ahyil quluuba tahyahaa wa ashlih lana al a’maala fi ddiini wad dunya 18X
12. Banyak2 berdoa dan munajat

PAGI SELEPAS SUBUH
1. Takbir raya
2. Sayyidul istighfar 3X
3. Astaghfirullahal azim .. ilaih 100X
4. Suhaanallahi walhamdulillah wallahu akbar 300X, niat hadiah pahala kpd yg telah meninggal dunia
5. Laa ilaha illa ALLAHU wahdahu laa syarikalah lahul mulku.. qadiir 400X
6. Jumpa sesiapa ucap “TaqabbalaLLAHu minnaa wa minkum soolihal a’maal"
. –Al Faqir Ust Muhadir -



Rabu, 24 Ogos 2011

Permulaan Penulisan

Alhamdulilah ketika hati dalam kekeliruan memilih arah tujuan kehidupan, Allah menetapkan saya untuk memilih secara paksa rela untuk berada di sebuah institusi yang saya kira cukup baik dalam proses penghijrahan dalam kehidupan dan pengajian.

Tawaran ke timur tengah saya abaikan demi memenuhi kehendak ibuku tersayang. walaupun hati berat untuk mengambil keputusan ini. namun saya yakin dan percaya, kehendak seorang ibu yang sudah meniti usia tua lebih penting daripada kehidupan saya. Saya mengikuti kehendaknya dan akan membawa segulung ilmu untuk diri saya dan ibu.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Tempat baru bagi saya meneruskan jihad ilmu. Pemilihan Perkhususan Bahasa Arab Pendidikan Rendah  kerana mahu untuk meneruskan pengajian bahasa arab, bahasa syurga..

Ini merupakan penulisan pertama diri saya di tempat baru dan blog yang baru. blog Keringat Shabab dan Kalam Tasbih saya off kan kerana sebab-sebab tertentu.

Saya kekalkan nama Syabab sebagai trade mark untuk penulisan saya. pemilihan syabab adalah kerana syabab selalu dikaitkan dengan emosi yang segar dan aktif. selain itu ingin mempamerkan segala penulisan dalam blog ini boleh dijadikan bahan bacaan umum yang segar. insyaAllah.

entry sseterusnya akan menyusul selepas ini...