Khamis, 6 Oktober 2011

Leka dengan Nikmat!!!


Semua Kerja Kursus Pendek yang 'core' selamat disubmit kepada pensyarah yang berkenaan. Hanya tinggal Kerja Kursus pendek Gerko sahaja yang dalam proses.

Sudah lama tidak menulis dalam ruangan blog dek kesibukan aktiviti dalam IPG ni. Hari ni hanya Ustaz Subki sahaja yang masuk kuliah dengan menyambung perbentangan tentang hadis yang di beri tugas kepada pelajar-pelajar. Alhamdulillah sangat hebat sahabat-sahabat saya membentangkan hadis-hadis yang cukup memberi pengajaran kepada semua yang mendengar. Semoga ilmu yang diperolehi dapat di amalkan dengan istiqamah.

Namun saya tidak mahu untuk berkongsi hadis-hadis yang telah saya pelajari pada hari ini. Saya cukup tertarik dengan tazkirah selepas solat Zuhur sebentar tadi yang disampaikan oleh salah seorang ustaz dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral iaitu Ustaz Wan Yusoff.

Menjadi rutin harian di IPG Kampus Pendidikan Islam, seusai sahaja solat Zuhur akan ada tazkirah daripada pensyarah-pensyarah mengikut giliran masing-masing.

Cabaran dalam melaksanakan matlamat

Saya simpulkan tazkirah pada hari ini adalah tentang cabaran kepada kita dalam melaksanakan matlamat hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Ustaz Wan Yusoff membawa satu cerita yang boleh dikaitkan apa yang ingin dia sampaikan.

Cerita itu bermula apabila seorang pekerja yang diberi amanah oleh tuannya untuk menyelam ke dasar laut, untuk mengambil mutiara sebanyak mana yang boleh. Tuannya menjanjikan habuan yang amat lumayan sekiranya pekerja itu dapat mengutip mutiara tersebut. Dan tuang tersebut memberi syarat kepada pekerja tersebut dengan mengatakan peluang diberi hanya sekali. Tidak ada pengulangan.

Pekerja tersebut menerima tawaran daripada tuannya dengan menjanjikan bahawa dia akan melaksanakan amanah itu dengan baik dan membawa sebanyak yang boleh mutiara kepada tuannya. Maka tuan itu berasa lega dengan janji yang diutarakan oleh pekerjanya itu.

Sebelum pekerja itu terjun ke dalam laut, dia diberi satu tong gas yang hanya boleh bertahan selama dua jam di dasar laut dan kelengkapan-kelengkapan sebagi penyelam selengkapnya.

Tanpa membuang masa, pekerja itu terjun ke dasar laut untuk mengutip sebanyak yang boleh mutiara di dasar laut itu. Semasa dia sampai ke dasar laut, dia terpegun melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut itu. Dia terjumpa batu karang yang begitu unik bentuknya, ikan yang begitu cantik yang tidak pernah lihat sebelum ini. Pekerja tersebut leka dengan melihat keindahan di situ. Dia cukup teruja, dan sempat dia bermain-main dengan ikan dan hidupan yang ada di dasar laut itu.

Setelah berasa lama leka dengan keindahan hidupan laut itu, pekerja tersebut melihat jam yang berada di tangannya. Sungguh terkejut pekerja itu apabila dia hanya memiliki masa sebanyak lima minit sahaja lagi, sebelum gas yang berada di belakangnya, kehabisan.

Maka tanpa membuang masa pekerja tersebut segera mengutip mutiara yang dijumpainya. Selepas sempat mengutip sekadar penuh di tangan sahaja, dia mengambil keputusan untuk naik, kerana masa hayat gas sudah hampir.

Pertengahan jalan yang hampir sampai ke permukaan, dia di langgar oleh ikan besar yang melalui disitu. Secara tidak sengaja, mutiara yang berada dalam gengaman dia terlepas. Kesemua mutiranya jatuh kembali ke dasar laut.

Semasa sampai di permukaan air, dia mendapatkan tuannya. Apabila tuannya mengetahui bahawa dia tidak membawa hanya sebutir mutiara, tuannya amat marah. Dan memberhentikan kerja si pekerja itu.

Pekerja itu memohon maaf dan meminta diberi peluang sekali lagi untuk menebus kesalahannya. Namun Tuan pekerja itu berkata "Aku hanya bagi kamu peluang sekali sahaja, tidak ada yang kedua. Sesungguhnya hidup ini hanya sekali, sekiranya kamu gagal, maka kamu tidak boleh menebus segalanya"

Pengajaran dari cerita di atas
Gas yang dibekalkan kepada pekerja itu di ibarat seperti nyawa kita atau jangka hayat kita selama di dunia. Manakala mutiara yang ingin dicari itu adalah matlamat hidup hamba kepada Allah. Namun matlamat itu di halang dan di gugat oleh keindahan hidupan di dasar itu yang boleh kita analogikan sebagai nikmat dunia yang kita leka terhadpnya.

Dunia begitu indah pada pandangan manusia. Oleh sebab itu ramai yang lebih cintakan dunia daripada cintakan akhirat.

Allah memberi peluang kepada hambanya untuk berada di dunia ini hanya sekali. Hidup hanya sekali. Nyawa atau hayat hidup diberikan oleh Allah adalah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.

Kita tidak tahu berapa lama jangka hayat kita hidup di dunia ini. Kita juga tidak tahu bilakah masa dan tarikh kematian kita. Kita jugak tidak tahu bagaimana keadaan kita semasa kita mati.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku di depan kita. Jangan kita terleka dengan keindahan dunia yang hanya sementara di mata kita. Keindahan dunia itu sebagai ujian yang didatangkan oleh Allah untuk menguji keimanan dan ketaatan kita kepadaNya.


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:179)

Segala nikmat yang diberikan oleh Allah mesti dimanfaatkan pada jalan yang benar. Nikmat kehidupan yang tidak digunakan dengan baik akan membawa kebinasaan pada diri sendiri.



Pengajaran yang boleh diambil ketika pekerja itu sudah dapat mengutip mutiara disaat akhir itu adalah tentang keikhlasan kita.


Pekerja tersebut merasakan dia sudah berjaya mengutip mutiara itu pada saat akhir yang mahu menunjukkan dia boleh buat sesuatu perkara walaupun disaat akhir. Dia merasakan dia yang terbaik dan tiada orang setanding dia.

Ini adalah berkaitan dengan niat seseorang itu. Melakukan banyak ibadah tetapi hati hanya ke arah ingin menunjukkan bahawa kita sahaj yang baik, bab kata orang " nak tunjuk alim" ada suatu budaya yang menyerong dari Islam.

Segala perbuatan kita perlu ikhlas kerana Allah dan bukan kepada kebendaan dan nama. Ibadah yang kita lakukan adlah untuk dinilai oleh Allah, bukan untuk dinilai oleh manusia. Nilaian manusia hanya didunia, tetapi nilaian oleh Allah membawa ke Syurga.


Kesimpulannya. Islam merupakan aturan hidup yang sempurna yang tidak bertentangan dengan fitrah seorang manusia. Maka hanya tinggal pada diri kita yang mahu mengikut jalan yang senang yang telah disediakan atau jalan yang sukar yang juga perlu kita terokai..

Wallahua'lam...

2 ulasan:

  1. assalamu'alaikum.

    analogi dalam cerita enta hebat. sesuai pada hikmahnya.

    saya setuju. sebelum ajal mengundang kita semua, sewajarnya direnung kembali adakah sudah kita laksanakan matlamat asal kita ke dunia ini.


    jika sudah, alhamdulillah. berdoalah agar terus kuat istiqamah dan segala kelemahan terus diperbaiki.

    jika belum, jangan panik. bertaubat. mulakan hari baru, insya allah rahmat allah bersama kita. =)

    BalasPadam
  2. Rasulullah bertaubat sebanyak 60 kali sehari.
    kita yang banyak dosa ni, berapa kali kita bertaubat dalam sehari
    tepuk dada, tanya iman

    BalasPadam