Selasa, 20 September 2011

Mansuhkan ISA???

Pada 16 September 2011. Bersempena sambutan Hari Malaysia, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan memansuhkan ISA dan mengubal 2 undang-undang sebagai salah satu tindakan dalam mentransformasikan politik di negara ini.

Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri PM sekiranya hasrat murni ini betul-betul dilaksanakan. Kami rakyat ingin melihat satu kejujuran dari seorang PM yang baik. Bukan sekadar janji demi meraih undi rakyat yang pada hemat saya sudah pudar kepada kepimpinan Dato' Seri PM.

Kami Rakyat juga mengharapkan agar tidak ada istilah ubah nama dalam akta ini, iaitu memansuhkan ISA, tetapi mengubal undang-undang yang sama kejam dan zalimnya dengan ISA. Itu adalah satu tindakan yang bijak dan mempamerkan sifat kefiraunan yang nyata oleh PM.

Namun saya yakin dan percaya, sekiranya Dato' Seri PM sudi memohon maaf kepada mangsa-mangsa ISA dan pihak keluarga mangsa, rakyat akan lebih menyenangi Dato' Seri PM.

Dato' Seri PM perlu mengambil contoh baik yang telah ditunjukkan oleh bekas Perdana Menteri Australia yang kini menjadi Menteri Luar Negeri Australia, Kevin Rudd yang pernah memohon maaf kepada Orang Asli Australia akibat kezaliman Kerajaan Australia kepada Orang Asli di negara itu. Permohonan maaf itu dilakukan oleh Kevin Rudd ketika dia menjadi Perdana Menteri Australia dan dilakukan di dalam Parlimen. Jadi apa salahnya jika Datuk Seri Najib juga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa ISA di dalam Parlimen juga,

Namun bagi saya, tidak memadai sekiranya Dato' Seri memansuhkan Akta zalim ISA tetapi masih lagi mengekalkan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi dan akta 174.

Semua akta dan undang-undang ini membuktikan bahawa Malaysia masih lagi tidak boleh di gelar ‘negara demokrasi terbaik di dunia’yang Dato' Seri PM inginkan. Semua akta itu masih lagi mengokong dan menyekat kebebasan hak asasi manusia.. Tidak patut tidak patut

Untuk berubah, tidak perlu menunggu terbit fajar esok. UBAH SEKARANG!!!

2 ulasan:

  1. buat baik dibalas baik.
    buat jahat dibalas pun azab.

    =) nice, akh. =)

    BalasPadam
  2. mereka bertindak mengikut hawa nafsu...
    guna apa sahaja demi capai matlamat..
    jahat atau baik tidak di endahkan...
    janji kuasa dapat di tangan...

    BalasPadam