Jumaat, 14 Oktober 2011

Teguran Yang Membina...


" Ustazah, boleh ana tanya sesuatu,?" saya cuba memulakan perbualan dengan sahabat sekuliah saya.

" Boleh-boleh, silakan," dia membenarkan untuk pertanyaan saya diteruskan tanpa banyak berfikir.

" Kenapa ustazah tak paki sarung lengan (hand sock). Ustazah ada masalah yang tak dapat dielakkan ke? Ke ada masalah kesihatan?," saya bertanya dengan nada yangh penuh berhikmah agar tiada hati yang terluka.

" Tak ada masalah pape." Dia menjawab pendek dengan diiringi perubahan muka yang saya sudah menjangkanya.

" Tak ada masalah, kenapa tak mahu memakai sarung lengan? bukankah lengan perempuan itu aurat. Tambahan pula Ustazah pakai baju lengan yang tidak berbutang. Mudah sangat lengan baju itu terselak dan menampakkan lengan.." Saya meneruskan teguran dengan nada yang cukup berhikmah.

Sahabat sekuliah saya  itu diam seketika.

" Malas nak pakai! Tak selesa! Ana tak alim macam kamu, Ezuwan." Dia menjawab dengan nada yang agak tinggi. Muka terus berubah dan diam.

" Bukan alim ke tak alim yang menjadi persoalan itu, tetapi penerimaan kita kepada syariat Allah." jawab saya pendek tanpa mahu memanjangkang bicara saya. Pada hemat saya, dia sudah memahami tetapi ego yang menguasai keadaan. Saya terus diam dan meneruskan kerja saya.

Orang Agama Cermin Kepada Agama

Saya tertanya-tanya, mengapa seorang yang mengambil perkhususan agama yang apabila tamat pengajiannya dalam ijazah akan bergelar seorang ustaz dan ustazah sanggat sukar menukar penampilan mereka ke arah yang lebih baik pada pandangan manusia. Penampilan yang menunjukkan bahawa mereka adalah Orang Agama. Jangan menjadi penfitnah pada Agama.

Benar, Allah tak lihat pada penampilan kita atau pakaian kita, Allah melihat pada ketaqwaan kita. 

"sesungguhnya Allah tidak melihat kepada paras rupa dan anggota tubuh kamu, akan tetapi Allah melihat pada hati dan amalan kamu yang kamu kerjakan."

Tetapi bagaimana pada pandangan manusia? Masyarakat melihat kita dengan bertitlekan Ustaz atau Ustazah atau dengan nama lain orang agama. Gambaran Islam itu ada pada kita. Oleh itu adakah dengan mereka melihat kita, akan membawa persepsi baik atau membawa persepsi buruk?

Rasulullah amat menitik berat soal pakaian. Kerana pakaian itu mencerminkan akhlak seseorang individu. Ada hadis yang melarang kita melabuhkan pakaian lelaki sehingga paras tanah. Tujuan Rasulullah melarangnya adalah untuk tidak meniru golongan Yahudi pada zaman itu. 

Oleh itu, mengapa kita agak sukar untuk mengenakan pakaian yang baik demi menjaga imej Islam agar dilihat dengan pandangan yang baik oleh orang-orang bukan Islam. ?

Persoalan ini perlu dijawab dan diperhalusi dengan baik. tepuk dada tanpa iman.....

Hikmah Aurat Wanita
A059

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 33:59

Hawa dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. Allah menciptakan kaum hawa dengan sebaik-baik kejadian. Dia sebagai perhiasan di dunia ini. Perhiasan ini adalah sesuatu yang cantik. Sekiranya perhiasa itu tidak cantik, maka akan buruk pandangan pada dunia. 

Suka saya dengan perumpamaan wanita ini sebagai mutiara yang tinggi harganya. Sekiranya mutiara itu berada di lumpur, maka akan hilang lah harga mutiara itu, tetapi sekiranya mutiara itu disimpan di tempat yang baik, di bungkus dengan elok dan di letakkan didalam cermin yang dikunci rapi. Maka harga mutiara itu di lihat makin tinggi nilainya.

Sekadar teguran untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan. Lantang bersuara bukan untuk menunjukkan diri ini hebat, tetapi mahu mendidik diri untuk melakukan apa yang di kata. Semoga Allah menerima segala taubat kita.

Alhamdulillah, pada keesokan hari, sahabat saya itu memakai sarung lengan. Tepat jangkaan saya, orang yang faham agama, mudah untuk menerima teguran. Semoga dia istiqomah, dan saya bertangungjawab atas kata-kata saya.

Hidayah milik Allah. Kita hanya berusaha.

p/s sekiranya sahabat saya itu membaca entry ini, bukan niat untuk menjatuhkan aib kamu, tetapi untuk teladan dan peringatan bersama. Setiap peringatan itu memberi manfaat kepada diri..


4 ulasan: