Ahad, 17 Jun 2012

Fitnah Membawa Padah

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Ayat Al-Quran di ats cukup jelas kepada kita peringatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk hambanya sebagi panduan hidup di dunia ini. namun malangnya, hambanya masih tidak mempedulikan ajaran dan panduan oleh Allah SWT.
Sejak kebelakangan ini, dunia sekarang khususnya berlakunya banyak fitnah. Terlalu banyak. sehingga kan saya mual dengan mendengar fitnah-fitnah yang terpaksa didengar oleh kerana telinga yang Allah anugerahkan ni tidak boleh tukar kepada mode mute. Namun pilihan kepada kita untuk mempercayai fitnah itu atau mengabaikannya.
Namun sedar tidak sedar, walaupun saya cuba untuk memualkan telinga ini untuk masuk dalam zon-zon fitnah ini, saya jugak terlibat dalam kes fitnah memfitnah. Banyak yang sedang heboh tentang saya di tempat saya belajar, yang saya pun tidak tahu dimana puncanya. Ramai yang telah datang kepada saya tentang isu yang sedang heboh, malangnya saya tidak tahu menahu tentang isu itu. Sedar-sedar ia sudah tersebar luas. Malang sungguh nasib saya.
Sebarang penafian yang dibuat oleh saya, tidak diendahkan. Namun itulah yang berlaku. Realiti yang berlaku di pasca dunia sekarang.
Namun hanya saya boleh katakan di sini, amaran saya kepada yang membawa fitnah. Bahawa kerja Fitnah ini amat mudah untuk dilakukan, tapi ingat murka Allah menanti kalian.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Justeru itu saya harapkan, pembawa fitnah segera bertaubat. Datanglah kepada saya, hulurkan salam kemaafan. InsyaAllah saya akan memaafkan anda sekiranya anda buat secara baik.

wallahualam..
Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku

Selasa, 10 April 2012

Jangan Beri Cul-de-Sac Kepada Umat


“Aku telah membunuh 99 orang. Apakah pintu taubat masih terbuka buatku?” tanya lelaki itu.
“Tidak!” jawab si Rahib.
Jawapan itu tidak merungkai masalah, ia menimbulkan satu lagi masalah. Rahib itu dibunuh. Genap mangsanya 100 orang. Pertanyaannya kepada penduduk negeri tentang orang alim yang bisa membantu, menemukan beliau dengan seorang rahib yang menawarkan jalan buntu!
Pembunuh 100 mangsa itu bertanya lagi kepada penduduk negeri, siapakah orang alim yang bisa menolong. Dia diajukan kepada seorang tokoh.
“Aku telah membunuh 100 orang. Apakah pintu taubat masih terbuka buatku?” tanya lelaki itu.
“Ya, ia selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat itu buat kamu? Pergilah kamu ke negeri sekian sekian, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak!” jawab orang alim itu.
Jawapan itu mendesak lelaki berkenaan meneruskan perjalanan. Kembara ke negeri yang disebut, demi sebuah penyelesaian. Dia berjalan dengan harapan, 100 manusia yang telah dibunuh dengan darah mereka basah di tangan dan memori, tidak mematahkan semangat si lelaki untuk keluar daripada kebuntuan diri.
Perjalanannya berlangsung dalam bentuk yang tidak diduga.
Dia mati dalam kembara.
Kematian yang menjadi asas khilaf antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Apakah taubatnya yang hendak dihitung, atau dosanya yang tinggi menggunung. Muncul Malaikat ketiga memberitahu agar tubuh yang rebah di bumi Allah itu diukur antara destinasi harapan dan lokasi dosa, nyata dirinya mati dalam perjalanan hijrah yang menjadikan dia lebih hampir ke negeri taubat berbanding negeri dosa. Jasadnya dibawa Malaikat Rahmat.
Demikian Imam Muslim meriwayatkan sebuah kisah oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallaahu ‘anhu.
Kisah penuh teladan.
Pada harapan seorang insan yang tidak putus asa daripada rahmat Tuhan.
Pada fikrah seorang Rahib yang menawarkan jalan buntu pada yang memohon dibantu.
Pada hikmah seorang Alim yang menawarkan harapan dan jalan penyelesaian pada yang memohon pertolongan.
JALAN MATI
Agamawan mesti ‘merampas kembali’ pengenalan diri ‘problem solving‘ yang kini lebih dirujuk kepada intipati diri seorang jurutera, berbanding diri dan peranan mereka yang dicatat sejarah sebagai kumpulan manusia yang sentiasa sibuk mengantisipasi permasalahan.
Jangan beri cul-de-sac kepada umat.

Khamis, 22 Mac 2012

Mana Utama: Agama, Bangsa Atau Negara?



MANA UTAMA: AGAMA, BANGSA ATAU NEGARA?Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Tidak dinafikan di sudut demokrasi dan kebebasan bersuara, rakyat di Barat ini lebih menikmatinya dibandingkan sebahagian besar manusia lain di atas bumi ini termasuk yang berada di kebanyakan negara muslim. Di sudut ketelusan pengurusan harta rakyat, Barat juga kelihatan mendahului dunia lain. Demikian juga di sudut pembangunan teknologi dan kemudahan yang lain. Hakikatnya bukan sedikit budaya dan nilai tamadun yang positif ada di Barat.
Namun, mengandaikan Barat itu sempurna di sudut kebebasan dan tiada unsur penindasan agama dan kaum adalah tidak benar sama sekali. Malangnya, anggapan yang seperti itu wujud dalam pemikiran segelintir rakyat dunia lain termasuk negara kita, dengan menganggap Barat adalah kiblat bagi keadilan sejagat. Sehingga apa sahaja nilai keadilan, mereka akan merujuk kepada amalan di Barat. Seakan Barat itu begitu sempurna dalam soal tersebut. Hal ini perlu diperbetulkan.
Perkauman
Sesiapa yang membaca tulisan Hanif Kureishi ‘The World and The Bomb’ akan dapat memahami betaparacism ataupun perkauman begitu kuat di Barat sejak era 60an lagi. Bahkan sebelum itu pun. Hal ini sudah lama, bukan bermula dari 11 September sahaja. Hanif Kureishi dilahirkan di London oleh ibu yang berketurunan Inggeris dan bapa yang berketurunan Pakistan. Bapanya datang ke UK pada tahun 1947.
Dia menceritakan betapa tertekan dirinya dan mereka yang sepertinya sejak kecil disebabkan keturunan mereka. Penghinaan, ejekan dan diskrimasi di serata tempat. Media termasuk BBC masa itu memainkan peranan meniupkan semangat perkauman. Mereka yang dianggap pendatang kadang-kadang diburu dan dipukul di jalanan hanya kerana warna kulit. Kes yang seperti ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini walaupun sudah berkurangan.
Kureishi menceritakan bahawa sehingga pada zaman kanak-kanak dan remaja, ada kalangan mereka rasa begitu menyesal dilahirkan sebagai keturunan ‘tidak berkulit putih’. Mereka benci kepada diri mereka sendiri, kemudian membenci persekitaran mereka yang tidak adil dan tidak meraikan kehadiran mereka dalam masyarakat Barat. Sekalipun mereka dilahirkan di Barat, mereka tetap dianggap pendatang asing kerana ibubapa mereka pendatang. Sedangkan jika kita renung, antara punca India dan Pakstan ke UK adalah disebabkan British yang telah menjajah negara mereka dan akhirnya mereka mencari kehidupan di tanah British.
Sehingga ke hari ini isu diskriminasi kaum dan agama belum selesai di Barat. Muslim sering merasa tertekan dengan identiti mereka sebagai muslim. Momokan media telah memberikan gambaran yang buruk terhadap muslim di Barat. Sebahagian bancian menunjukkan 75% orang Barat mempunyai gambaran buruk terhadap Islam. Lantas, muslim selalu menjadi ‘suspect’ dalam pelbagai perkara buruk. Di samping tidak dinafikan wujudnya faktor kelemahan dalaman masyarakat muslim itu sendiri, namun diskriminasi memainkan peranan besar dalam meminggirkan mereka.
Persoalan Identiti
Persoalan tentang identiti mereka sering dibangkitkan. Apakah mereka itu ‘European’ atau ‘American’ ataupun mereka muslim. Seakan dua identiti yang tidak dapat disatukan sama sekali. Ataupun mereka mesti menjawab persoalan ‘first a European (an American) or a Muslim?’. Ini menghampiri soalan yang sama yang dibangkit dalam politik kita ‘melayu dulu, ataupun Malaysia dulu”. Ataupun, ‘Malaysia dulu, ataupun Islam dulu’.
Namun, bagi muslim ataupun melayu di Malaysia persoalan itu hadir dalam konteks yang berbeza. Persoalan berkenaan di Malaysia bagi menonjolkan siapakah lebih kukuh keislamannya, ataupun membuktikan siapakah yang lebih teguh kemelayuannya dalam meraih undi masyarakat melayu yang menjadi majoriti rakyat.
Adapun di Barat persoalan tersebut dibangkit kerana muslim di sini sering dicurigai kesetiaannya kepada negara. Mereka dituduh tidak setia kepada negara disebabkan kesetiaan mereka kepada Islam. Dalam ertikata lain, masyarakat Barat sering melihat identiti Barat dan Islam tidak dapat disatukan. Maksudnya, jika awak menjadi muslim awak tidak mungkin menjadi European dan American yang sebenar. Ataupun vice versa jika awak menjadi European atau American awak tidak mungkin menjadi muslim yang sejati.
Prof Tariq Ramadan dalam bukunya ‘What I Believe’ membahas dan cuba menjawab persoalan ini. Beliau melihat dua identiti itu sebenarnya tidak bertentangan jika merujuk dalam konteks atau lingkungan apa ia diperkatakan. Di sudut agama seseorang itu berpegang kepada identiti agamanya. Sementara di sudut politik, dia berpegang kepada identiti negara. Tidak semestinya bertentangan. Kata beliau:
“In the realm of religion and philosophy, that imparts meaning to life, a human being is first and foremost an atheist, a Buddhist, a Jew, a Christian, or a Muslim: her or his passport or nationality cannot answer the existential question. When an individual must vote for a candidate at an election, she or he is first an American, Italian, French or British citizen involved in national affairs. Depending on the realm or the field of activity, the individual therefore puts forward one identity or another, and that is not contradictory” (Oxford University Press (2010), m.s 36-37).
Hal yang sama boleh dicontohkan ialah identiti seseorang sebagai bapa, dan dalam masa yang sama dia seorang anak. Ataupun, dia seorang guru dan dalam masa yang sama seorang pemain bola. Cumanya, persoalan timbul apabila dua identiti itu benar-benar bertentangan. Kehendak negara yang bercanggah dengan agama dan kehendak agama yang bercanggah dengan negara.
Dalam kes yang seperti itu seseorang hendaklah merujuk kepada nilai dan prinsip keadilan dan kebaikan sejagat yang dipertahankan oleh semua pihak, termasuk Islam. Jika pemimpin zalim, ataupun rasuah ataupun salahguna kuasa dan selain; semua itu ditentang oleh Islam dan kemanusiaan yang waras. Jika nilai-nilai insani sejagat itu dihayati tiada suatu pun bertentangan dengan Islam yang hakiki. Cumanya yang kelihatan bertentangan jika kezaliman seperti memusnah negara lain ataupun rakyat sendiri yang dilakukan oleh Hitler, Bush, Blair, Gaddafi, Khamenei, Asad dan regim-regim yang lain itu dijadikan identiti negara. Setiap rakyat dipaksa pula memakai identiti itu. Maka pertentangan identiti akan berlaku.
Demikian jika agama disalahtafsirkan sehingga terrorismracism, kebencian, permusuhan tanpa sebab yang sah dan seumpamanya dijadikan identiti agama, maka pertentangan juga akan berlaku.
Islam yang sebenar bersifat sejagat. Ia selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan segajat. Ini kerana ia diturunkan oleh Tuhan sekelian makhluk. Asas syariat Islam adalah untuk kemaslahatan insan. Ia bersifatflexible dalam pendekatan atau cara bagi disesuaikan dengan setiap budaya setempat dan persekitaran manusia. Mustahil Islam membawa satu nilai yang memusnahkan kehidupan manusiawi yang baik. Demikian, kenegaraan yang sebenar akan memelihara nilai-nilai keadilan sejagat dan kemaslahatan rakyat. Jika kedua identiti itu difahami dari sudut yang betul, pasti tiada sebarang pertentangan.
Hal yang sama boleh digunakan dalam menjawab persoalan ‘muslim duhulu, ataupun melayu duhulu, ataupun cina duhulu ataupun india duhulu ataupun Malaysia dahulu.

Amalan Penghapus Dosa


1. Taubat

Allah swt berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang tulus ikhlas, mudah-mudahan Tuhanmu menghapus kesalahan-kesalahanmu.” (At-Tahrim : 8 )
Rasul saw bersabda, “Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tidak pernah berdosa.” (Diriwayat oleh Ibnu Majah)

 2. Lapang dada (Samahah)

Rasul saw bersabda, “Malaikat menyambut roh seorang lelaki dari orang sebelummu. Mereka bertanya, ‘Adakah engkau pernah beramal kebajikan?’ Roh itu menjwb, ‘Aku pernah menyuruh anak-anak  mudaku untuk bersikap samahah kepada orang susah dan memaafkan orang-orang  berada,’ maka Allah swt berfirman, ‘Maafkanlah.” (Dirwayatkan oleh Bukhari)

 3. Mengucapkan salam dan berkata yang baik

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya di antara hal yang menghapuskan dosa dan mendatangkan keampunan, adalah mengucapkan salam dan berkata baik.”

 4. Berjabat tangan

Rasul saw bersabda, “Tidakkah dua orang Muslim bertemu lalu bersalaman melainkan dosa keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)

 5. Qiyammullail

Rasul saw bersabda, “Kerjakanlah qiyammullail kerana  ia kebiasaan orang-orang soleh sebelummu, ia mendekatkan diri kepada  Allah, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan yang beragam dan mengusir penyakit hasad atau dengki.” (Diriwayatkan oleh Hakim dan Baihaqi)

 6. Solat tasbih

Abu Hurairah ra berkata, “Rasul saw berpesan kepada  Abbas bin Abdul Muthalib, “Hai Abbas, pakcikku. Tidakkah engkau kuberi, tiadakah engkau kuanugerahi, tiadakah aku kerjakan untukmu sepuluh perkara yang  engkau menjalankannya, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang sengaja mahupun yang tidak sengaja, yang besar dan yang  kecil, yang terang-terangan mahupun yang disembunyikan. Iaitu sepuluh hal di mana engkau solat empat rakaat dgn membaca Surah Al-Fatihah dan salah satu surah dalam setiap rakaat pertama, maka bacalah, ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaaha illallaah wallahu akbar,’ sebanyak 15 kali, setelah itu barulah engkau ruku’ dan bacalah kalimat tersebut sebanyak 10 kali, lalu engkau bangun dari sujud dengan membacanya lagi sebanyak 10 kali kemudian engkau sujud kembali dan membacanya lagi sebanyak 10 kali lalu bangun dan kemudian membacanya dgn jumlah yang  sama. Bererti berjumlah 75 kali dalam setiap rakaat. Kau kerjakan itu semua dalam 4 rakaat, jika mampu engkau melakukan solat itu satu kali setiap sehari, jika tidak mampu, setiap Jumaat, jika setiap Jumaat tidak mampu kerjakanlah setiap bulan sekali dan jika  tidak mampu pula, maka lakukanlah seumur hidupmu sekali.” (Diriwayatkan Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ath-Thabrani, Hakim, Baihaqi dan yang lainnya)

 7. Menegakkan had (Hukuman)

Rasul saw bersabda, “Setiap hamba yang terjerumus kepada  larangan Allah, lalu dijalankan atasnya hukumnya (had)Nya, maka dosa tersebut dihapus darinya kerananya.” (Diriwayat oleh Hakim, Darini, Ahmad dan lainnya)

 8. Menjauhi dosa-dosa besar

Allah swt berfirman, “Jika  sekalian meninggalkan dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yg kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” (An-Nisa’ : 31)

 9. Sabar saat ditimpa masalah

Rasul saw bersabda, “Manusia yang paling besar ujiannya adalah para nabi kemudian yang ditingkatkan sesudahnya lalu orang yang di bawahnya orang lagi. Seorang lelaki diuji sesuai dengan kadar kemampuan beragamanya (imannya). Jika  dia teguh memegang agamanya, ujiannya lebih berat dan jika lemah dalam beragama, maka ia dicuba sesuai dengan kemampuannya. Seorang hamba terus menerus diberi cubaan sehingga ia berjalan di muka bumi dalam keadaan tak punya dosa dan kesalahan.” (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)

 10. Berwudhuk

Usman bin Affan berkata, Rasul saw bersabda, “Siapa saja yang berwudhuk dengan sempurna, maka keluarlah dari tubuhnya kesalahan-kesalahannya sampai keluar dari hujung kuku-kukunya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 11. Solat

Dari Abu Hurairah ra, ia, mendengar Rasul saw bersabda, “Bagaimana pendapatmu jika sebuah sungai mengalir di depan pintu rumahmu kemudian kamu mandi di sungai tersebut setiap hari 5 kali. Adakah tubuhmu berdaki?” Para sahabat menjwb, “Tentu tidak ada kotoran pada akami sedikitpun. “Maka Rasul saw berkata, ‘Itulah perumpamaan solat yg 5 waktu. Dengannya Allah menghapus dosa-dosa org yang mengerjakan solat.’ (Diriwayatkan oleh Bukhari)

 12. Sujud kepada  Allah swt

Rasul saw bersabda, “Hai Abu Fathimah, perbanyakkanlah sujud, kerana  tidaklah seorang Muslim sujud kepada  Allah sekali sujud, melainkan Allah akan mengangkatnya ke satu tingkatan (syurga) dan akan dihapus baginya satu kesalahan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad)

 13. Mati fisabilillah

Dari Abu Qatadah berkata, “Ada seorang lelaki berdiri lalu bertanya, ‘Wahai Rasulullah, jika aku terbunuh f isabilillah, kesalahan-kesalahanku dihapus?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika  kamu mati fisabilillah dalam keadaan sabar dan mencari redha Allah serta tampil menghadapi perang bukan berpaling darinya.’ Kemudian Rasulullah bertanya lagi, ‘Bagaimana pertanyaanmu tadi?’ Lelaki itu kembali bertanya, ‘Adakah dosa-dosaku diampuni, jika aku mati fisabilillah?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya, jika engkau sabar, mengharap redha Allah, serta tidak berpaling dari peperangan itu, kecuali hutang (tidak dianggap lunas). Jibril datang membisikkan kepadaku tentang hal itu’.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 14. Puasa Ramadhan, Arafah dan Asyura

Rasul saw bersabda, “Siapa sahaja yang mengerjakan puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, maka dosa-dosanya yang terdahulu diampuni.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, At-Tarmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Dalam hadis lain baginda bersabda, “Puasa 3 hari tiap bulan dan Ramadhan ke Ramadhan, itulah puasa seumur hidup. Puasa Arafah kerana  mencari redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelum dan sesudahnya, sedang puasa pada hari Asyura kerana redha Allah dapat menghapus dosa setahun sebelumnya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

 15. Haji dan umrah

“Sertakan haji dgn umrah, kerana keduanya akan menghilangkan kekafiran dan dosa-dosa  sebagaimana pandainya besi melenyapkan karat pada besi.” (Diriwayatkan An-Nasa’I dan Ath-Thabrani)

 16. Sedekah

Allah swt berfirman, “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang  fakir, maka hal itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus darimu kesalahan-kesalahanmu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah : 271)

 17. Zikir

Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’ itu menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)

Air Mata Keinsafan


Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat , kemudian beliau meminta salah seorang sahabat Abdillah bin Mas’ud membaca surat An Nisa, hingga sampai surat an Nisa ayat 41 :

” Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).”

Beliau meminta Abdillah bin Mas’ud menghentikan bacaannya , para sahabat melihat airmata Rasulullah berlinang, beliau menangis. 

Aisyah RA menceritakan bahawa ia sering melihat Rasulullah SAW menangis ketika mengerjakan solat malam, beliau menangis sepanjang solatnya . Mathrab bin Abdillah menceritakan bahawa ayahnya sering mendapati Rasulullah SAW menangis dalam solat, dari dada beliau terdengar suara bergemuruh bagai air yang mendidih didalam cerek.

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan air mata sebagai pengingat hamba akan dirinya. Cukuplah ia menjadi penggerak kesedaran, betapa manusia dalam keadaan lemah. Saat ia terlalu bahagia, tanpa sedar ia menangis. Saat ia terlalu bersedih, tanpa sedar ia menangis. Saat itu, ia tahu dirinya tidak ada kuasa akan atas dirinya. Maka celakalah hati yang beku dan mata yang sulit untuk menangis…terutama jika ia seorang pelaku dosa kepada Allah SWT.

Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah SAW. dan berkata: "Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?" Rasulullah SAW. menjawab: 

"Dengan lindungan air matamu.

" Tanya lelaki itu lagi: "Bagaimanakah caranya?" Rasulullah SAW. menjelaskan: "Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa."

Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istighfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah. 

Allah SWT berfirman : 

“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyukan mereka bertambah”. (QS. 17:109)

Firman-Nya yang lain,

”Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar” (QS. 67:12)

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; …(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam bersendiriannya kemudian air matanya mengalir”( HR. Bukhari-Muslim) 

Dari al-Abbâs Bin Abdul Muthallib Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ertinya:

“Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, (pertama) mata yang menangis (disaat bersendirian) di malam hari kerana takut pada Allah SWT , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” (HR. At-Thabrani)

Dari Zaid Bin Arqom RA , dia berkata, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab, “Dengan air matamu, kerana mata yang menangis kerana takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya” ( HR. Ibnu Abi Dunya dan Ashbahâny )

Dari saat ini mari kita mempertimbangkan air mata kita yang keluar, jangan sampai keluarnya air mata kerana kita tidak mendapatkan keinginan hawa nafsu, jangan sampai kita menangis kerana kebatilan. Bijak dalam mengeluarkan air mata merupakan pertanda jernihnya hati dan benarnya iman seorang hamba.