Selasa, 20 September 2011

Mansuhkan ISA???

Pada 16 September 2011. Bersempena sambutan Hari Malaysia, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan memansuhkan ISA dan mengubal 2 undang-undang sebagai salah satu tindakan dalam mentransformasikan politik di negara ini.

Tahniah diucapkan kepada Dato' Seri PM sekiranya hasrat murni ini betul-betul dilaksanakan. Kami rakyat ingin melihat satu kejujuran dari seorang PM yang baik. Bukan sekadar janji demi meraih undi rakyat yang pada hemat saya sudah pudar kepada kepimpinan Dato' Seri PM.

Kami Rakyat juga mengharapkan agar tidak ada istilah ubah nama dalam akta ini, iaitu memansuhkan ISA, tetapi mengubal undang-undang yang sama kejam dan zalimnya dengan ISA. Itu adalah satu tindakan yang bijak dan mempamerkan sifat kefiraunan yang nyata oleh PM.

Namun saya yakin dan percaya, sekiranya Dato' Seri PM sudi memohon maaf kepada mangsa-mangsa ISA dan pihak keluarga mangsa, rakyat akan lebih menyenangi Dato' Seri PM.

Dato' Seri PM perlu mengambil contoh baik yang telah ditunjukkan oleh bekas Perdana Menteri Australia yang kini menjadi Menteri Luar Negeri Australia, Kevin Rudd yang pernah memohon maaf kepada Orang Asli Australia akibat kezaliman Kerajaan Australia kepada Orang Asli di negara itu. Permohonan maaf itu dilakukan oleh Kevin Rudd ketika dia menjadi Perdana Menteri Australia dan dilakukan di dalam Parlimen. Jadi apa salahnya jika Datuk Seri Najib juga memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa ISA di dalam Parlimen juga,

Namun bagi saya, tidak memadai sekiranya Dato' Seri memansuhkan Akta zalim ISA tetapi masih lagi mengekalkan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi dan akta 174.

Semua akta dan undang-undang ini membuktikan bahawa Malaysia masih lagi tidak boleh di gelar ‘negara demokrasi terbaik di dunia’yang Dato' Seri PM inginkan. Semua akta itu masih lagi mengokong dan menyekat kebebasan hak asasi manusia.. Tidak patut tidak patut

Untuk berubah, tidak perlu menunggu terbit fajar esok. UBAH SEKARANG!!!

Isnin, 19 September 2011

Sambutan Hari Malaysia




Selepas sahaja saya kembali ke maktab, saya bersama semua pelajar semesta satu PPISMP diwajibkan untuk menyertai persembahan 'Latar Manusia' sempena Hari Malaysia pada 16 September yang lepas.

Sebanyak 10 buat IPG seluruh Malaysia terlibat dalam persembahan ini yang terdiri daripada 2300 orang peserta dari pelbagai bangsa dan agama. Tetapi ternyata majoritinya melayu yang Islam. Nampaknya saya masih berada di Negara yang majoritinya Islam.

Selama 10 hari kami di tempatkan di Presint 17 Putrajaya, dan berulang alik dari Putrajaya ke Dataran Merdeka setiap hari. Latihan kami berlangsung pada pagi dan malam. Sebelah petang hanya berlatih di tempat penginapan sahaja. Saya cukup puji dari segi pengurusan program, dengan menyediakan kelengkapan yang mencukupi dari segi kebajikan peserta. Makan dan minum cukup, tempat tidur selesa, pengangkutan mencukupi, dan kelengkapan pakaian juga mencukupi. Tahniah di ucapkan kepada Urusetia Kumpulan Koir Sambutan Hari Malaysia 2011.

Pelbagai perkara yang saya lihat cukup mengecewakan hati ini. perkara pertama yang saya lihat adalah dari sudut akhlak dan tingkah laku peserta yang semuanya adalah bakal guru, atau bakal pendidik anak-anak bangsa akan datang. Banyak yang sepatutnya tidak berlaku pada seorang yang akan bergelar bakal guru untuk melakukan perkara-perkara begitu.

Pertama, dari segi solat. Pihak Urusetia memberi tikan menitik beratkan soal ibadah iaitu solat. Ramai yang saya perasan yang tidak menunaikann solat, yang paling ketara, solat asar dan subuh. Cuba bayangkan pukul 4.15 pm (tak masuk Asar lagi) sudah wajib turun ke bawah buat latihan, dan latihan habis jam 6.45pm. Lepas tu wajib makan, nak makan beratur panjang. Dekat maghrib baru sudah makan. Nak naik bilik lagi. Beratur naik lif pulak. Manakala yang subuh pulak, bertolak jam 5 pagi, sampai Dataran Merdeka 6 pagi, ada juga peserta muslim tidak ke masjid untuk solat subuh. Terus naik pentas latihan.

Kedua, solat jumaat, pada jumaat yang pertama di sediakan 6 buah bas untuk solat jumaat oleh urusetia.

Namun ayat  arahan dari Urusetia " Yang mana pelajar yang nak solat jumaat, boleh pergi solat" tiada langsung ayat arahan yang wajib semua peserta muslim untuk solat Jumaat. Tetapi kalau bab yang berkaitan latihan ditegaskan pulak.
" Semua peserta wajib dan mesti untuk berada di Dataran Merdeka pada jam 6.30 pagi "
Manakala pada Jumaat lepas, hanya sebuah bas sahaja yang di sedikan oleh Urusetia untuk pelajar Muslim ke solat Jumaat. itu pun dia bertolak pada jam 12.30 pm lagi. Begitu ramai yang tak dapat solat Jumaat pada hari itu..

Ketiga, pada malam kedua terakhir, Urusetia mengadakan majlis sambutan hari raya di tempat kediaman, Tetamu kehormat yang datang ialah, Dato' Zahid Hamidi Menteri Pertahanan Malaysia. Saya ucapkan terima kasih kepada Dato' keran sudi hadir menjenguk kami. Namun ada suatu perkara yang tidak dapat menahan mulut saya dari menyebut " Laknat "apabila dua orang jurulatih lelaki kami, yang sebelum ini banyak membuat perkara yang kami tidak senangi dan pada malam itu menambah lagi kebencian kami terhadap mereka, apabila mereka menukar wajah mereka kepada "BAPOK". Mereka mengenakan pakaian perempuan dan rambut Palsu. Tiada bezanya dengan 'BAPOK' di lorong Haji Taib yang menunggu pelangan untuk melacur kan diri.


Bagaimana mahu mendidik anak bangsa sekiranya guru pun sudah rosak.?? Persoalan yang perlu dijawab. ROSAK ROSAK

APA YANG MAHU DICAPAI?

Saya melihat selama 10 hari di sana tidak ada sedikit pun faedah yang boleh di manfaatkan.
Persembahan semata persembahan.
Menari semata menari
Bersorak sampai serak suara semata bersorak
letih semata letih

Kononnya menyatakan semangat  berjuang untuk negara..
Apa erti perjuangan apabila membazir duit negara dan duit rakyat yang amat dasyat??
Apa erti perjuangan kepada negara apabila membuaka peluang kepada remaja untuk buat maksiat??
Apa erti perjuangan apabila Agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi tidak meletakkan Islam di depan??
Kata sahabat saya" ni lah akibatnya apabila pemimpin meletakkan Islam di punggung!!" agak serius jugak kata-kata sahbat saya itu.

Natijahnya, duit rakyat dibazirkan, perjuangan yang tak tahu mana akarnya. Islam tergadai, anak bangsa rosak. Bakal Pendidik pun rosak. akhirnya tunggu lah kerosakan negara, sekiranya tiada perubahan ke arab yang baik dilakukan.

Solusinya adalah UBAH pucuk permasalahan ini... 


UBAH




Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Ramadhan telah berlalu, kini Aidilfitri menjelang. Baju raya sudah di beli dan sudah siap di ironkan. Hari ini persiapan hari raya cukup meletihkan tubuh. Kemas rumah, pasang lampu 'kelip-kelip' (arahan dari ibuku.. huhu), susun atur perabut yang baru dan lama, tolong kakak buat persiapan masakan untuk pagi esok (nasi minyak dan lontong). wah tak sabar saya nak merasainya.Walaupun neketihkan kerja-kerja begini, Tapi saya yakin, hikmahnya akan dirasai.

Hampir 19 tahun saya menyambut Aidilfitri, namun saya merasakaan raya ini penuh bermakna pada diri sendiri. Selain raya dengan assignment yang berlambak, aktiviti jemputan cukup penuh, Raya pertama kat rumah ibu di pasir puteh, Raya kedua, ada 3 invitation dari 3 orang sahabat untuk kerumahnya. hari raya ketiga, majlis ijtima' aidil fitri AMAL dan majlis akad nikah sepupuku(invite untuk menjadi photographer ), majlis kesyukuran sahabat karib Muizzudddin. penim nak pergi yang mana satu. emm

Ketika inilah ilmu fiqh aulawiyat perlu diamalkan. InsyaAllah akan dicuba untuk memenuhi segala permintaa. sekiranya tidak di izin kan Allah. Saya mohon Maaf..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kullu ‘aam wa antum bi alf al-Khair
Taqabbalallaahu minna wa minkum ajma’een.



Hari Raya... 1432H


" Selamat Hari Raya Ma, wea mintak ampun dan maaf atas segala dosa dan kesalahan wea pada ma!!"
" Halalkan segala makan minum wea, doakan kejayaan wea."
" Ma dah maafkan wea, Ma dah halalkan semua,"

Hampir setiap tahun ucapan ni diucapkan pada pagi raya. sesungguhnya untuk menjadi seorang anak yang soleh bukan semudah dibicara. perhatian yang penuh perlu dutamakan kepada ibu. Lebih-lebih lagi saya seorang anak tunggal lelaki dalam keluarga ini. Pemergian ayah tersyang hampir 13 tahun dahulu metaklifkan pemimpin keluarga kepada saya. Saya sebagai wali dalam keluarga ini. Maafkan saya wahai Kakak-kakak dan ibu tersayang sekiranya saya tidak menjadi seorang anak dan adik yang soleh..


Ampunkan segala dosa dan kesalahan saya....

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan pasti di rindui

Subhanallah, masa berlalu dengan begitu cepat. Awal ramadhan terasa baru disambut semalam. rupanya esok sudah tiba hari raya. Hari ini, hari terakhir bersama Ramadhan. rasa sayu menyinggah di hati ni. macam-macam perasaan yang saya rasakan. Mahu gembira kerana esok menjelang hari raya. tapi terasa sedih Ramadhan sudah meninggalkan saya. Persoalan yang timbul di benak ini, adakah Allah menerima amalan saya pada bulan Ramadhan kali ini. Adakah segala keampunan yang saya mohon di bulan Ramadhan ini di ampunkan oleh Allah.

Aidil Fitri sebuah kemenangan

Aidilfitri dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai perayaan fitrah. Hari kita kembali kepada fitrah yang suci seorang manusia. Selama sebulan kita menjalani ibadah puasa yang memberi cabaran yang dasyat kepada nafsu kita. Selama sebulan pula kita berlapar dan dahaga di siang hari. Nafsu dikekang demi mencari redha Allah. Amalan sunat dikejar, terawih, sedekah, istigfar, zikir dan selawat menandakan hati penuh redha mencari rahmat dan keampunan dari Allah.

Hari raya merupakan hari kemenangan bagi orang mukmin yang memanfaatkan bulan Ramadhan penuh dengan keimanan dan ketaqwaan. Maka hari raya disambut dengan meriah, menandakan hati gembira menyukuri anugerah Ramadhan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya.

Semua itu adalah untuk orang mukmin, bagaimana pula dengan kita sebagai seorang hamba? Adakah kita memanfaatkan ramadhan  kita ini seperti lagaknya seorang mukmin? Layakkah kita untuk bergembira pada hari raya ini seperti seorang mukmin?

Perkara yang mampu kita lakukan adalah berdoa kepada Allah agar dia dapat menerima segala amalan kita semasa bulan Ramadhan. Semoga Allah menganugerahkan pangkat mukmin kepada kita

Ramadhan pasti dirindui

Saya tidak dapat untuk menipu diri sendiri untuk tidak mengatakan bahawa pemergian ramadhan kali ini tidak saya ratapi dengan kesedihan. Kerana saya tidak dapat memanfaatkan semaksima mungkin amalan ibadat saya pada bulan Ramadhan. Sungguh banyak amalan yang terlepas untuk saya lakukan pada bulan yang mulia ini. Terlalu sibuk dengan assigment maktab dan kerja-kerja dunia, sehinggakan kurangnya bacaaan Al-Quran, kurangnya bilangan rakaat tarawih dan tahajud, kurangnya sedekah, kurangnya solat tasbih dan solat-solat sunat yang lain.. borang muhasabah ibadah ramadhan banyak kekosongan. Itu semua dek kealpaan diri saya kepada kerja-kerja dunia. Atagfirullah.

Ramadhan pasti saya rindui. Rindu kepada suasana ramadhan yang cukup indah. Tidak seperti bulan-bulan yang lain. Keindahan ramadhan yang cukup dirasai. Saya sangat berharap suasana yang dirasai ketika bulan Ramadhan juga dapat dirasai di bulan lain. jika tidak, saya pasti akan merindui Ramadhan.Saya berharap Allah memberikan peluang kepada saya untuk merasai ramahdan yang akan datang. Akan saya manfaatkan ramadhan akan datang sebaik mungkin, lebih baik dari ramadhan kali ini.

Malam ini merupakan malam terkahir ramadhan dan malam kepada hari raya. Esok akan menjelang hari raya. Oleh itu saya ingin berkongsi kepada anda tentang amalan-amalan sunat pada malam raya ini.

[AMALAN MALAM RAYA & PAGI RAYA]
MALAM
1. Mandi bila masuk Maghrib
2. Takbir raya
3. Isya’ berjemaah & berazam solat Subuh berjemaah
4. Ya Muhaimin 145X
5. Sayyidul Istighfar 3X
6. Astaghfirullah 999X (Kali ke 1000X baca astaghfirullahal azim… ilaih)
7. Subhaanallahi wal hamdulillahi.. wallahu akbar 100X
8. Qiyam / Nawafil termasuk solat sunat tasbih
9. La ilaha Illa ALLAH 1000X Kemudian baca Allahumma tsabbitna bil qaulits saabit 3X
10. Yaa Hayyu Ya qayyum La ilaha Illaa anta 40X
11. Ya hayyu ya Qayyum, Ahyil quluuba tahyahaa wa ashlih lana al a’maala fi ddiini wad dunya 18X
12. Banyak2 berdoa dan munajat

PAGI SELEPAS SUBUH
1. Takbir raya
2. Sayyidul istighfar 3X
3. Astaghfirullahal azim .. ilaih 100X
4. Suhaanallahi walhamdulillah wallahu akbar 300X, niat hadiah pahala kpd yg telah meninggal dunia
5. Laa ilaha illa ALLAHU wahdahu laa syarikalah lahul mulku.. qadiir 400X
6. Jumpa sesiapa ucap “TaqabbalaLLAHu minnaa wa minkum soolihal a’maal"
. –Al Faqir Ust Muhadir -



Rabu, 24 Ogos 2011

Permulaan Penulisan

Alhamdulilah ketika hati dalam kekeliruan memilih arah tujuan kehidupan, Allah menetapkan saya untuk memilih secara paksa rela untuk berada di sebuah institusi yang saya kira cukup baik dalam proses penghijrahan dalam kehidupan dan pengajian.

Tawaran ke timur tengah saya abaikan demi memenuhi kehendak ibuku tersayang. walaupun hati berat untuk mengambil keputusan ini. namun saya yakin dan percaya, kehendak seorang ibu yang sudah meniti usia tua lebih penting daripada kehidupan saya. Saya mengikuti kehendaknya dan akan membawa segulung ilmu untuk diri saya dan ibu.

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

Tempat baru bagi saya meneruskan jihad ilmu. Pemilihan Perkhususan Bahasa Arab Pendidikan Rendah  kerana mahu untuk meneruskan pengajian bahasa arab, bahasa syurga..

Ini merupakan penulisan pertama diri saya di tempat baru dan blog yang baru. blog Keringat Shabab dan Kalam Tasbih saya off kan kerana sebab-sebab tertentu.

Saya kekalkan nama Syabab sebagai trade mark untuk penulisan saya. pemilihan syabab adalah kerana syabab selalu dikaitkan dengan emosi yang segar dan aktif. selain itu ingin mempamerkan segala penulisan dalam blog ini boleh dijadikan bahan bacaan umum yang segar. insyaAllah.

entry sseterusnya akan menyusul selepas ini...